Sunday 24 January 2016

PERLINDUNGAN TAKAFUL, KEPERLUAN KELUARGA MASAKINI


“Mencegah adalah lebih baik dari mengubati”, itulah kata-kata bijakpandai oleh 
Eramus, ahli falsafah pada zaman Renaissance. Ianya begitu ideal tetapi apa yang berlaku sekiranya sakit meskipun pelbagai usaha yang dilakukan untuk kekal sihat, tetap datang? Lawatan ke hospital mungkin perlu dan bil-bil perubatan sama sekali tidak dapat dielakkan.


Kos perubatan telah meningkat di seluruh dunia dan ini tidak banyak berbeza dengan keadaan di negara ini. Inflasi perubatan di Malaysia adalah sekitar purata 10% setiap tahun dan dijangka akan terus meningkat. Sebagai contoh, pada tahun 2013, kos rawatan minimum untuk kegagalan buah pinggang adalah RM150,000 dan sekiranya kos tersebut meningkat berdasarkan kepada kadar inflasi sekarang, rawatan yang sama akan mencecah setinggi RM225,000 dalam 5 tahun akan datang(1). Sebenarnya, inflasi perubatan adalah salah satu perkara yang amat dirisaukan oleh kebanyakan rakyat Malaysia di mana, 64% daripada responden kaji selidik 'The Future of Retirements' menyatakan kebimbangan mereka ke atas simpanan yang tidak mencukupi untuk rawatan penjagaan kesihatan yang baik apabila mereka memasuki zaman persaraan(2).



Memiliki pelan perubatan yang komprehensif adalah pilihan yang praktikal kerana ia mungkin menyediakan dana yang diperlukan untuk membayar bil-bil perubatan, apa-apa kecederaan atau jatuh sakit dan tanggungan perbelanjaan seperti bilik hospital dan caj, yuran pembedahan dan kos untuk bekalan dan perkhidmatan perubatan. Segala kos perubatan yang ditanggung sepenuhnya akan memberikan anda ketenangan fikiran untuk tumpuan yang lebih kepada kesihatan diri. Di samping itu, ia boleh membantu melindungi kewangan keluarga anda sekiranya berlaku perkara yang tidak diduga.


Kos perubatan yang besar boleh membebankan anda dengan hutang atau secara drastik mengurangkan simpanan anda. Persaraan anda juga mungkin akan terjejas kerana anda terpaksa menggunakan dana persaraan anda untuk membayar kos perubatan yang tinggi. Dengan pelan perubatan tanpa tunai, ia melindungi segala bil perubatan seperti yuran pembedahan, bilik hospital dan caj, dan yang pasti anda tidak perlu membayar untuk perbelanjaan perubatan anda dari poket anda sendiri.

Nota:
1New Straits Times, “Be prepared for the worst”, February 28, 2013.
2.The Star, “Rising pressure of healthcare cost”, March 14, 2012



Pakej-pakej terbaik yang boleh dipilih:

1) Medical card  (MEDICA2015)

2) Pakej 3 in 1:  kombinasi medical card + saving + pampasan kemalangan dan perlindungan 46 jenis penyakit kritikal (pilihan terHOT!!)

3) Takaful pampasan kemalangan (PA) (PATINA 2016)

4) Takaful pendidikan anak-anak (TAKAFULINK EDUCATION)

5) Takaful CancerCare

6) Takaful wanita

7) Takaful caruman berkumpulan

8) Takaful haji

9) Takafulink Single Invest






1) MEDICAL CARD (MEDICA 2015)
Kini MAA Takaful menawarkan medical card yang dipanggil MEDICA2015. Ianya amat berpatutan dan mampu milik iaitu hanya serendah RM45*. Medical Card MEDICA2015 ini 
dimuatkan dengan ciri-ciri komprehensif dan terkini serta memberikan anda ganjaran apabila anda sihat serta mengurangkan kebimbangan anda apabila anda sakit.

Kelebihan-kelebihannya adalah seperti berikut:

1) ianya murah dan mampu milik iaitu serendah RM45* sebulan sahaja

2) tanpa ko-takaful dan melindungi 24jam

3) terdapat 94 buah panel hospital seluruh Malaysia. 

4) mempunyai coverage penyakit kritikal tertinggi iaitu 46 jenis

5) rebet 20% jika tiada tuntutan

6) rawatan kanser dan dialisis seperti yang dicaj

7) terdapat 6 pakej pilihan yang komprehensif yang boleh dipilih mengikut kemampuan

8) bantuan perubatan antarabangsa

9) pendapat perubatan kedua

10) boleh ditolak cukai pendapatan

11) melindungi anda dari pembayaran caj hospital yang semakin
meningkat dari semasa ke semasa

12) Pembaharuan dijamin iaitu sehingga umur 80 tahun

13) Manfaat khairat kematian

14) Berlandaskan syariah

*mengikut terma dan syarat




2) TAKAFUL PAMPASAN KEMALANGAN (PA) (PATINA 2016)

Sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku dalam sekelip mata tanpa kita sedari. Begitu juga dengan kehidupan seseorang itu, ia
boleh berubah tanpa diduga.Persiapkan diri anda untuk penyelesaian kewangan terbaik ketika berurusan di saat-saat yang tidak diduga dan membebankan
dengan PATINA2016.
PATINA2016 adalah satu pelan Takaful Keluarga Kemalangan Diri Standalone yang direka khas untuk memenuhi keperluan perlindungan anda. Ia menyediakan faedah perlindungan 24 jam untuk kematian akibat semua sebab dan kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan. 
Produk mampu milik ini dilengkapi dengan beberapa pelan untuk dipilih, bergantung kepada umur, jantina, dan kelas pekerjaan.
Dengan 20% Diskaun Loyalti, PATINA2016 adalah satu pelan yang mesti dimiliki!





3) TAKAFUL PENDIDIKAN ANAK-ANAK (TAKAFULINK EDUCATION)
Pada masakini kos pendidikan sentiasa meningkat dan ia pasti akan membebankan ibu bapa semua. Oleh itu MAA Takaful memperkenalkan Takafulink Education. Takafulink Education adalah Pelan Caruman Lazim Takaful
Keluarga berkaitan pelaburan yang menyediakan cara untuk ibu bapa menyediakan pengumpulan dana pendidikan untuk anak-anak mereka dan pada masa yang sama menyediakan perlindungan terhadap kematian di usia pramatang atau Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal bagi Orang Yang Dilindungi.

Pelan ini direka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta memaksimakan jumlah pulangan dan berpeluang menabung simpanan yang lebih besar. Pada tarikh matang, Orang Yang Dilindungi mempunyai pilihan untuk menukar Pelan Takafulink Education kepada Pelan Takafulink yang lain tanpa sebarang keterangan terhadap kebolehlindungan.Terdapat juga manfaat pengecualian caruman memastikan semua caruman akan datang untuk Pelan Takafulink Education anak anda dikecualikan sekiranya anda Meninggal Dunia, Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal atau didiagnosis mana-mana 46 Penyakit Kritikal.




4) TAKAFUL CANCERCARE
Tak mungkin saya menghidap kanser. Inilah perkara yang mungkin terlintas dalam hati apabila kita memikirkan tentang kanser. Malangnya, dalam dunia hari ini, tiada siapa yang boleh bersikap terlalu yakin bahawa mereka boleh mencegah penyakit memudaratkan ini. Namun, dengan kemajuan perubatan yang sedia ada, kebanyakan kanser boleh dikesan di peringkat awal dan berjaya dirawat. Kanser ialah sejenis penyakit yang tidak memilih bulu. Penyakit ini tidak peduli badan siapa yang diserangnya. Sel kanser hidup semata-mata untuk memenuhi matlamatnya sendiri untuk membiak. Kanser langsung tidak menunjukkan belas kasihan dalam usahanya untuk mengambil alih badan perumah sehingga tubuh yang dihuninya tidak lagi wujud.
Terdapat 210 jenis penyakit yang diklasifikasikan di bawah nama kanser. Kanser menyerang 11 juta dewasa dan kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia dan meragut enam juta nyawa setahun. Di negara kita, 45,000 rakyat Malaysia disahkan menghidap kanser setiap tahun. Kanser ialah punca kematian kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung. Statistik ini memang menggerunkan dan kebarangkalian menundukkan kanser untuk terus hidup hanya satu dalam empat.Tidak hairanlah ketabahan penghidap kanser untuk menentang penyakit ini benar-benar teruji. Persediaan kewangan sangat penting dalam usaha menentang kanser. CancerCare boleh membantu menjamin kedudukan kewangan anda. 


Pelan ini membantu anda membuat persiapan kewangan dan menanggung bil rawatan kanser, supaya anda dapat memberi tumpuan untuk kembali pulih tanpa bimbang tentang masalah kewangan. Menerusi perlindungan meluas kanser peringkat awal dan lanjutan, pelan ini menyediakan sumber kewangan yang diperlukan supaya anda mendapat rawatan perubatan seawal mungkin dan memberikan peluang terbaik kepada anda untuk meneruskan kehidupan. 
Menerusi CancerCare, anda bukan sahaja melindungi kesejahteraan diri, tetapi tabungan anda juga dapat dikekalkan, kerana pelan komprehensif ini membayar apabila Kanser disahkan di peringkat awal dan lanjutan.
Lindungi diri anda dengan CancerCare hari ini. Pelan ini adalah cara terbaik untuk memastikan anda bersedia untuk menghadapi ancaman penyakit yang paling pantas menular di Malaysia.




5) TAKAFUL WANITA
Takafulink Wanita adalah Pelan Caruman Lazim Takaful Keluarga Berkaitan Pelaburan yang berakhir pada Orang Yang Dilindungi - 80 tahun. Produk ini adalah produk unik yang menawarkan manfaat perlindungan dan juga manfaat
pelaburan. Sebahagian daripada jumlah caruman anda diperuntukkan untuk membeli unit di mana-mana Dana Shariah MAA Takaful mengikut dana pilihan anda.


Pelan ini memberikan anda Manfaat Kematian & Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal yang dijamin. Sekiranya berlaku Kematian & Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal, Jumlah Asas Yang Dilindungi dan Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar dan perlindungan akan tamat. Takafulink Wanita telah dipakej bersama dengan manfaat tambahan iaitu Perlindungan Penyakit Wanita (MTWI).






6) TAKAFUL CARUMAN BERKUMPULAN
Pelan ini direka khas untuk pembaharuan tahunan di mana ia direka untuk menyediakan perlindungan secara berkumpulan dibawah satu Master Certificate.
Caruman berkumpulan ini melindungi kematian dan kecacatan kekal keseluruhan yang disebabkan oleh sebarang sebab termasuk penyakit dan kemalangan.


Kelebihan Takaful Caruman Berkumpulan:
1) kos yang lebih rendah
2) membantu menarik dan mengekalkan pekerja
3) memberi perlindungan kepada pekerja teras (key personnel) di dalam sesuatu organisasi atau 'privilege member' dengan kos yang rendah
4) Caruman boleh dikecualikan cukai



7) TAKAFUL HAJI

Mengerjakan Haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang kelima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah S.W.T (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)." (Surah Ali Imran, Ayat 97).


Sehingga ke hari ini berjuta-juta umat Islam terus menjawab panggilan Nabi Ibrahim (A.S) untuk menunaikan Haji. Mungkin tahun ini, anda adalah salah seorang antara mereka yang menjawab panggilan Haji. Untuk menunaikannya, anda perlu mempersiapkan diri secara mental, spiritual dan paling utama dari segi KEWANGAN. Kini perjalanan anda ke arah menunaikan haji dan juga melindungi orang-orang yang dikasihi akan diuruskan dengan TAKAFULINK HAJJ!

Takafulink Hajj adalah Pelan Caruman lazim Takaful Keluarga yang berkaitan pelaburan yang berakhir pada umur 80 tahun bagi Orang Yang Dilindungi. Produk ini adalah produk unik yang menawarkan kedua-dua perlindungan iaitu kematian dan kecacatan kekal menyeluruh dan juga manfaat pelaburan. 





8) TAKAFULINK SINGLE INVEST
Pelaburan yang anda lakukan adalah untuk memastikan ianya digunakan ke arah perkara yang berfaedah dan bijak. Jika ini yang anda mahukan, ya,Takafulink Single Invest adalah sesuatu yang pasti anda perlukan. Sebagai pelan berkaitan pelaburan tunggal, Takafulink Single Invest sesuai untuk mereka yang mengutamakan perancangan kewangan jangka masa pertengahan hingga panjang. Pelaburan adalah serendah RM5,000. 

Pelan ini memberikan peluang untuk mengumpulkan wang anda sendiri bersama pelabur yang lain supaya semua peserta berpeluang menikmati hasil pengurusan dana daripada pengurus dana yang sangat berpengalaman. Pengurus dana kemudiannya akan melaburkan dana-dana tersebut dalam pelbagai portfolio dan objektif pelaburan yang anda pilih, supaya duit anda bukan sahaja dilaburkan dengan bersungguh-sungguh malah dilaburkan dengan bijak.

Dengan 8 dana yang berlainan untuk pilihan anda, pelan ini sangat fleksibel dan meyakinkan. Dengan pelan Takafulink Single Invest, anda boleh melabur dan mendapatkan pelepasan cukai. Ini suatu tawaran hebat! Jadi,ambil langkah bijak anda hari ini.
Pelan Takafulink Single Invest – laburkanlah wang anda dengan bijak.

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau quotation di 
011-26600569 (whatsapp/sms/call) - En. Nazif